BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

apa-apa ja!



Thursday, April 21, 2011

Kisah Kami, Sang Bunga. ;)


Ini entry untuk bunga-bunga saya diluar sana. Diwujudkan entry ini adalah kerana saya, ya..sayalah..
Adalah kerana saya, teramat merindui mereka. ;(
Setiap hari, bukanya saya facebook saya, akan saya buka jua facebook mereka.
Sekadar ingin melihat wajah-wajah Sang Bunga. ---<3

Mengapa saya memanggil mereka dalam entry ini sebagai Sang Bunga ?
Ini adalah kerana, saya telah terimbau kenangan pada waktu sekolah dulu.
Di mana kami pernah sepakat untuk mewujudkan email untuk kami
yang dipersetujui dengan nama, Flower 4.
Maka saya terjemahkanlah dia ke Bahasa Melayu kerana ianya kelihatan , indah. 
Seindah mereka, Sang Bunga.


Bermula di sekolah menengah di mana kami dipertemukan serentak di dalam satu
badan beruniform yang dulunya masih baru untuk popular seperti sekarang iaitu,

Pancaragam Sekolah Menengah Sultanah Asma.

Saling tidak mengenali antara satu sama lain. Saling memandang antara satu sama lain. 
Kami dikumpulkan dalam satu tingkatan. Tingkatan 3.
Menjadi semakin rapat dan rapat sehingga kami dapat mencari kawan baik masing-masing.
Kami tidak berada dalam satu kelas yang sama , tapi kami punya waktu untuk bersama.

Seperti bunga-bunga yang lain,
mereka punya nama-nama yang indah. 
Fatin Shahirah, Nur Marziatul Syafinaz , Nurul Atiqah, Ilmi , Noor Fatihah Izzati,
Nor Ezzani, Nor Izzati, Nur Aqilah , Rushda Adiba , Fatin Nabilah, Fatin Amarlina , Nur Shafika dan Nor Satira.

Sekarang,
Sang Bunga telah ada di tempat masing-masing.
Mereka sukses. ;)
Hidup yang tidak sama dengan yang dulu, kami teruskan juga.
Kami saling merindui kerana telah berjauhan selama 2 tahun.
Kerinduan saya terhadap mereka adalah kerana saya tidak punya masa yang larut
untuk bertemu walaupun seorang.

Setiap hari saya rindu seorang, dan pada hari esok pula lagi seorang,
dan begitulah 11 hari berikutnya.


kamisangbunga..





Fatin Amarlina

Nor Aqilah , Ilmi  &  Nor Ezzani
Fatin Nabilah  & Fatin Amarlina

Nurul atiqah  & Noor Fatihah


Siapa dia?


Dia Marziatul Syafinaz.


Semoga nanti kita bertemu, sangbunga. 
Anda semua yang terhebat.  ;)






Saya sayang semua. ;)



Sekian saja entry saya pada malam yang sudah 2 jam menjadi pagi.
Selamat malam,Bunga-bunga.


Nurkilan, Nur Adila Sobaruddin.



















0 comments: