BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

apa-apa ja!



Tuesday, April 5, 2011

cuma sehari

CUMA SEHARI DAN SEMALAM


Dalam dunia nih, bila orang dah mula rancak bercinta, susah nak hilang fokusnya itu.
Tapi bila mereka dah jumpa cinta yang pertama, segalanya bermula dengan manis sekali.
Semuanya rasa macam gula-gula.

Bila mulanya cinta yang pertama,
Mereka rancak mewujudkan memori-memori bahagia ketika bersama.
Mereka khusyuk mengukir janji-janji macam gula-gula.
Mereka sibuk mempercayai antara satu sama lain.
Mereka gigih merancang untuk kekal dalam satu hubungan yang lama dan abadi.
Mereka tekun dalam menjaga hati masing-masing.
# Dan semuanya sangat indah di mata mahupun dihati mereka.

Cinta pertama yang mereka temui sangat berharga, bernilai dan sangat penting untuk mereka dalam tempuhi hari-hari seterusnya.

Adakah ini adil bagi mereka??
Wahai Tuhan.
Kami Kau ciptakan dengan Kau sematkan perasaan sayang di dalam hati kami.
Dan Kau ciptakan kepada kami pasangan untuk kami.
Dan Kau berikan detik-detik indah kami bersama pasangan kami.
Dan Kau telah pelihara hubungan kami dalam jangka masa yang teramatlah panjang.
Dan Kau sematkan dalam hati kami bahawa kami tidak akan dapat dipisahkan Cuma dengan izinmu Ya Tuhan.
Dan Kau tidak menghukum hubungan terlarang kami.
Dan Kau membuat kami percaya bahawa Kau membenarkan kami hanyut dalam hubungan terlarang kami.

Ya Tuhan,
Mengapa hanya selepas Kau ciptakan kebahaagiaan itu untuk kami,
Lalu Kau rampas semuanya dari kami?
Mengapa Kau memutuskan hubungan kami yang telah lama Kau jalinkan.
Mengapa dulu Kau temukan kami untuk menjadi pasangan?
Mengapa Kau menahan hati kami dari membenci pasangan kami?
Mengapa Kau dulu Kau hanya berdiam melihat kegembiraan kami bersama?
Mengapa sekarang Kau menarik segala kebahagiaan yang beri dulu?
Mengapa Kau hanya memberi seorang sahaja di antara kami untuk mempunyai pengganti?
Mengapa tidak kedua-duanya sekali?
Mengapa sehingga kini Kau tidak lenyapkan dari ingatan kami tentang pasangan kami yang dulu?

Keadilan apakah ini Ya Tuhan?

Ya Tuhan,
Kiranya ini yang Kau namakan, Dugaan.
Dengan taat aku reda, Ya Tuhanku.
Tapi,ku mohon sepenuhya dariMu ya Tuhan.
Hapuskan dia dari hidup dan hatiku ini,
Kerana setelah 2 tahun,
Aku gagal untuk membencinya, apalah lagi untuk melupakannya.
Amin..

0 comments: